Kerja Cuti
Sempena cuti persekolahan selama 1 minggu bermula 9 Mac, maka cikgu telah sediakan kerja cuti untuk bekalan anda. Sila ambil di atas meja cikgu dengan kadar yang segera.
Harap Maklum
Harap Maklum
Nota
Pelajar boleh mendapatkan nota dan latihan terus daripada blog cikgu. Sebarang kesulitan boleh berhubung terus dengan cikgu di bilik guru.
Kemerlangan KH adalah hak bersama.
Kemerlangan KH adalah hak bersama.
Kerja Kursus
Untuk makluman semua pelajar Tingkatan 3, penilaian kerja kursus anda akan di buat pada bulan Mac.
Kelas Intervention
Kelas intervention Kemahiran Hidup akan diadakan setiap hari Khamis minggu Alfa bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang. Kehadiran adalah wajib dan tindakan akan di ambil bagi pelajar yang tidak hadir.
Latihan
1. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
2. Antara berikut manakah merupakan fungsi utama sebuah motor DC?
A Menukar tenaga elektrik ke tenaga mekanikal
B Menukar tenaga mekanikal ke tenaga elektrik
C Menukar tenaga haba ke tenaga elektrik
D Menukar tenaga elektrik ke tenaga haba
3. Antara peralatan berikut manakah yang menggunakan mekanisme
penghantaran kuasa dari aci ke takal?
A Mesin gerudi mudah alih
B Permainan Kit robot
C Mesin gergaji jig
D Mesin gerudi lantai
4. Antara berikut yang manakah terdapat pada bil elektrik?
I Bacaan bulan lepas
II Bacaan bulan semasa
III Kadar tarif
IV Senarai peralatan yang digunakan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III, dan IV
5. Antara berikut manakah yang terdapat pada bahagian motor DC?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Magnet kekal
IV Gegelung angker
A I dan III
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
6. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A 290 unit
B 390 unit
C 3392 unit
D 3782 unit
7. Antara berikut penyataan manakah benar mengenai meter kilowatt jam kWj) jenis digital ?
I Terdiri daripada meter berskala
II Bacaan di buat dari kiri ke kanan
III Nombor 1/10 tidak di ambil kira
IV Terdiri daripada meter berdigit
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
Kadar Tarif
200 unit pertama
RM 0.218 seunit
800 unit berikut
RM 0.258 seunit
Bagi setiap unit tambahan
RM 0.278 seunit
8. Berdasarkan Jadual di atas kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga
elektrik digunakan
A RM 43.60
B RM 82.41
C RM 89.52
D RM 97.52
9. Alat yang menggunakan motor DC kecuali
A skuter elektrik
B kereta mainan kawalan jauh
C kipas radiator kereta
D kipas siling
10. Plat perincian motor DC memberikan maklumat berikut
I jenis (DC / AC)
II kuasa bekalan (power)
III putaran (rpm)
IV rintangan (ohm)
A I, II dan III
B II,III dan IV
C I, III dan VI
D I, II dan VI
11. Terdapat dua jenis motor iaitu
A motor DC dan motor AC
B motor AC dan motor ulangalik
C motor DC dan motor arus terus
D motor automatik dan separuh automatik
12. Bahagian utama motor DC adalah seperti berikut kecuali
A rangka utama
B magnet kekal dan gegelung angker
C berus karbon dan penukartertib
D aci dan gear
Jenis-jenis Mesin Jahit
1) Mesin Jahit Tangan
- Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.
2) Mesin Jahit Kaki
-Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.
3) Mesin Jahit Elektrik
- Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.
4) Mesin Jahit Elektronik- Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.
- Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.
2) Mesin Jahit Kaki
-Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.
3) Mesin Jahit Elektrik
- Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.
4) Mesin Jahit Elektronik- Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.
Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
1.1.1 Struktur Organisasi Bengkel
Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.
1.1.2 Langkah Keselamatan
AMALAN 4M
(1) Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.
(2) Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul
(3) Menilai
-Menilai diri sendiri dan tempat kerja
-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.
(4) Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
4. Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak
PENGELASAN ALAT PEMADAM API
*Kelas A (jenis air)
Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
*Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
*Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
*Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
-Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.
*Etika Kerja merangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.
Asas Perniagaan
Asas
Perniagaan
- Pengenalan
- Menjalankan perniagaan
Industri
Tempatan
- Pengenalan
- Jenis industri
- Penempatan industri tempatan
- Peranan kerajaan untuk menggalakkan industri
Menyimpan
Rekod
- Pengenalan
- Urusniaga kredit
- Imbangan duga
- Akaun penamat
- Kunci kira-kira
Asas
Perniagaan
Pengenalan
Seorang peniaga
mestilah mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen
perniagaan sebelum memulakan perniagaannya.
Menjalankan
Perniagaan
Sebelum
menjalankan perniagaan seorang peniaga perlulah memikirkan
beberapa perkara terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut ialah
- Bekalan stok
- Pemasaran
- Bantuan perniagaan
- Pengendalian perniagaan
- Etika perniagaan
- Bekalan stok
- Mendapatkan bekalan adalah penting untuk menjalankan perniagaan.
- Sumber bekalan mestilah berhampiran dengan kilang dan pembekal pula mestilah boleh dipercayai supaya bekalan barang-barang tidak putus.
- Harga mestilah berpatutan untuk peniaga membuat keuntungan.
- Maklumat berkenaan dengan harga, syarat bayaran, kualiti dan jaminan terhadap barang mestilah boleh didapati sebelum membuat pembelian.
- Pembeli boleh mendapatkan dokuman daripada pembekal untuk menentukan harga bekalan. Dokuman ini adalah seperti:
- katalog
- senarai harga
- sebut harga
- Pilihan sumber untuk membekalkan barang-barang perniagaan adalah amat penting untuk menetukan kejayaan perniagaan.
- Pembekal yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- jujur dan boleh dipercayai
- dapat memberi kredit kepada pembelinya.
- dapat memberi nasihat dan perhkidmatan selepas penjualan.
- Borang pesanan digunakan oleh pembeli untuk mendapatkan barang-barang.
- Maklumat tertentu patut ada dalam pesanan supaya mudah membuat pesanan. Maklumat itu adalah seperti berikut:
- nama dan alamat pembeli
- nama dan alamat penjual.
- Nombor siri pesanan
- Tarikh dikeluarkan.
- Kuantiti, keterangan dan harag barang-barang.
- Arahan menghantar.
- Tanda tangan pembeli
Memasarkan
Barangan
- Pemasaran boleh dimaksudkan sebagai kegiatan perniagaan yang mengarahkan keluaran dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
- Pemasaran melibatkan kegiatan perniagaan yang dirancang unutk:
- mengeluarkan barangan
- menentukan harga barangan
- mempromosikan barangan
- mengagihkan barangan
- Pemasaran adalah sesuatu yang bernialai supaya barang-barang dan perkhidmatan dapat memuaskan keinginan pengguna.
Perkara yang
perlu dipertimbangkan unutk memasarkan barangan
Dalam pemasaran
perkara yang penting adalah "empat P" (product,
price, promotion dan place), iaitu keluaran, harga,
promosi, dan tempat.
1.
Keluaran
- keluaran baru perlu diperkenalkan di pasaran dari semasa ke semasa
- setiap keluaran ada ‘kitaran hidup keluaran’ iaitu barangan itu dikeluarkan, diperkenalkan di pasaran , diterima oleh pengguna, dan selepas beberapa lama permintaan terhadapnya akan mula merosot.
- Keluaran mesti ada sifat yang dapat menarik perhatian pengguna. Sifat-sifat keluaran yang baik adlah seperti:
- Reka bentuk
- Ekonomi
- Keselamatan
- Kualiti
- Perkhidmatan
d. penghasilan
keluaran baru biasanya melalui lima tahap seperti berikut:
2. Harga
- Harga boleh didefinisikan sebagai nilai dalam bentuk wang yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual untuk menukar barangan atau perkhdimatan dalam sesuatu urus niaga.
- Harga barang-barang dan perkhidmatan sentiasa menjadi tumpuan utama dan orang memberi perhatian kepada naik atau turunnya harag barang-barang atau perkhidmatan.
- Harga yang ditentukan secara berpatutan akan menybebabkan:
- Jualan bertambah
- Imej keluaran dan syarikat meningkat
- Kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik
- Campur tangan kerajaan berkurangan
3. Promosi
- Promosi ialah aktiviti yang dilakukan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan supaya terdapat permintaan terhadapnya. Lain-lain tujuan promosi ialah:
- memberitahu maklumat
- memperingatkan barangan yang sedia wujud
- melariskan jualan
- memperluaskan pasaran
- mengekalkan nama baik barangan atau perkhidmatan
- Terdapat beberapa cara untuk mempromosikan barangan iaitu:
- Tawaran istimewa
- Tawaran istimewa ialah menawarkan barangan pada harga yang lebih murah dari harga biasa
- Demonstrasi
- Demonstrasi ialah menunjukkan kegunaan barangan tersebut supaya pelanggan akan tertarik kepadanya
- Sampel
- Sampel ialah barangan yang diberi percuma dalam kuantiti yang kecil unutk dicuba supaya mengenali barangan tersebut dan kemudian membelinya.
- Iklan
4. Tempat
- Tempat perniagaan adalah satu faktor yang penting untuk menentukan
kejayaan
perniagaan tersebut.
b) Tempat
perniagaan yang baik perlu ada ciri-ciri berikut:
- Mempunyai kemudahan infrastruktur.
- Berhampiran dengan pelanggan
- Berhampiran dengan aktiviti perniagaan
- Terdapat kemudahan pengangkutan
Bantuan
Perniagaan
Perkhidmatan
Bank
- Bank memainkan peranan yang penting untuk membantu usahawan dalam aspek kewangan
- Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank perdagangan kepada usahawanan ialah:
c) menyediakan kemudahan kad kredit supaya pemegangnya dapat membeli barang perkhidmatan tanpa membayar secara tunai
d) memberi nasihat kewangan
e) memberikan kemudahan pinjaman kepada pelanggannya
Pengangkutan
1. Pengangkutan
sangat penting kepada usahawan untuk membawa dan memindahkan
barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
2. Jenis-jenis
pengangkutan yang digunakan adalah seperti berikut:
a)air
b)udara
c)darat
3.Kepentingan
pengangkutan kepada usahawan dan peniaga
a)perhubungan
lebih dekat
b)memudahkan
urusan perniagaan
c)meluaskan
pemasaran
d)menjimatkan
masa
e)mengurangkan
kos menyimpan stok
4.Faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan
a) kos
b) jenis barang
c)
kuantiti,saiz dan berat barang
d) jarak
e) keselamatan
Perhubungan
- Maksud perhubungan ialah penyampaian maklumat secara lisan,bertulis atau isyarat.
- Perhubungan adalah sangat dalam aktiviti perniagaan seperti membuat pesanan,menghantar dokumen dengan lebih cepat dan sebagainya
- Jenis-jenis perhubungan yang biasa digunakan ialah:
- mel
- perkhidmatan kurier
- Telefon
- telegraf
- teleks
Insurans
- Usahawan dan peniaga membeli insurans untuk mendapat perlindungan atas segala risiko yang mungkin berlaku ke atas dirinya atau harta bendanya.
- Risiko-risiko yang dihadapi dalam perniagaan adalah seperti:
- risiko kehilangan nyawa
- risiko kemalangan
- risiko kerosakan/kehilangan harta benda
- Insurans sangat penting kerana:
- melindungi nyawa dan harta benda
- mendapatkan ganti rugi
- melindugi keluarga dengan mengadakan satu peruntukan jika sidiinsurans itu mati atau tidak dapat bekerja akibat kemalangan.
- melindungi usahawan dan peniaga daripada tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga
- Peranan insurans diasaskan daripada prinsip yang bernasib baik menolong yang malang.
- Contoh: Tiap-tiap peniaga menanggung risiko kebakaran atas kedai mereka. Jadi, peranan insurans adalah membantu sipemilik kedai yang terbakar. Oleh itu, kerugian akan ditanggung bersama.
- Usahawan yang mengambil insurans = sidiinsurans
- Syarikat/firma yang beri perlindungan = penginsurans
- Polisi merupakan satu perjanjian di antara sidiinsurans dan penginsurans.
- Premium ialah wang yang kena dibayar oleh sidiinsurans untuk perlindungan.
- Premium untuk sesutau jenis insurans bergantung kepada:
- jenis perlindungan yang diperlukan
- kadar risiko yang terlibat
- jumlah yang diinsuranskan
- tempoh kuat kuasa polisi
Enjin
Enjin
|
|||||||||||||||||
ALATAN TANGAN | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
JENIS PENGIKAT | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
BAHAGIAN LUAR ENJIN | |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
BAHAGIAN DALAM ENJIN | |||||||||||||||||
Bahagian Piston |
|||||||||||||||||
Bahagian aci oleng |
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
Bahagian palam pencucuh.
|
|||||||||||||||||
PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
SISTEM-SISTEM ENJIN | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
SERVIS ENJIN | |||||||||||||||||
|
Langgan:
Catatan (Atom)