Rabu, 29 Februari 2012 - 0 ulasan

Asas Perniagaan

Asas Perniagaan
  • Pengenalan
  • Menjalankan perniagaan
Industri Tempatan
  • Pengenalan
  • Jenis industri
  • Penempatan industri tempatan
  • Peranan kerajaan untuk menggalakkan industri
Menyimpan Rekod
  • Pengenalan
  • Urusniaga kredit
  • Imbangan duga
  • Akaun penamat
  • Kunci kira-kira
Asas Perniagaan
Pengenalan
Seorang peniaga mestilah mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen perniagaan sebelum memulakan perniagaannya.
Menjalankan Perniagaan
Sebelum menjalankan perniagaan seorang peniaga perlulah memikirkan beberapa perkara terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut ialah
  1. Bekalan stok
  2. Pemasaran
  3. Bantuan perniagaan
  4. Pengendalian perniagaan
  5. Etika perniagaan
  1. Bekalan stok
  1. Mendapatkan bekalan adalah penting untuk menjalankan perniagaan.
  2. Sumber bekalan mestilah berhampiran dengan kilang dan pembekal pula mestilah boleh dipercayai supaya bekalan barang-barang tidak putus.
  3. Harga mestilah berpatutan untuk peniaga membuat keuntungan.
  4. Maklumat berkenaan dengan harga, syarat bayaran, kualiti dan jaminan terhadap barang mestilah boleh didapati sebelum membuat pembelian.
  5. Pembeli boleh mendapatkan dokuman daripada pembekal untuk menentukan harga bekalan. Dokuman ini adalah seperti:
  1. katalog
  2. senarai harga
  3. sebut harga
  1. Pilihan sumber untuk membekalkan barang-barang perniagaan adalah amat penting untuk menetukan kejayaan perniagaan.
  2. Pembekal yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  1. jujur dan boleh dipercayai
  2. dapat memberi kredit kepada pembelinya.
  3. dapat memberi nasihat dan perhkidmatan selepas penjualan.
  1. Borang pesanan digunakan oleh pembeli untuk mendapatkan barang-barang.
  2. Maklumat tertentu patut ada dalam pesanan supaya mudah membuat pesanan. Maklumat itu adalah seperti berikut:
  1. nama dan alamat pembeli
  2. nama dan alamat penjual.
  3. Nombor siri pesanan
  4. Tarikh dikeluarkan.
  5. Kuantiti, keterangan dan harag barang-barang.
  6. Arahan menghantar.
  7. Tanda tangan pembeli
Memasarkan Barangan
  1. Pemasaran boleh dimaksudkan sebagai kegiatan perniagaan yang mengarahkan keluaran dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
  2. Pemasaran melibatkan kegiatan perniagaan yang dirancang unutk:
  1. mengeluarkan barangan
  2. menentukan harga barangan
  3. mempromosikan barangan
  4. mengagihkan barangan
  1. Pemasaran adalah sesuatu yang bernialai supaya barang-barang dan perkhidmatan dapat memuaskan keinginan pengguna.
Perkara yang perlu dipertimbangkan unutk memasarkan barangan
Dalam pemasaran perkara yang penting adalah "empat P" (product, price, promotion dan place), iaitu keluaran, harga, promosi, dan tempat.
1. Keluaran
  1. keluaran baru perlu diperkenalkan di pasaran dari semasa ke semasa
  2. setiap keluaran ada ‘kitaran hidup keluaran’ iaitu barangan itu dikeluarkan, diperkenalkan di pasaran , diterima oleh pengguna, dan selepas beberapa lama permintaan terhadapnya akan mula merosot.
  3. Keluaran mesti ada sifat yang dapat menarik perhatian pengguna. Sifat-sifat keluaran yang baik adlah seperti:
  1. Reka bentuk
  2. Ekonomi
  3. Keselamatan
  4. Kualiti
  5. Perkhidmatan
d. penghasilan keluaran baru biasanya melalui lima tahap seperti berikut:
2. Harga
  1. Harga boleh didefinisikan sebagai nilai dalam bentuk wang yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual untuk menukar barangan atau perkhdimatan dalam sesuatu urus niaga.
  2. Harga barang-barang dan perkhidmatan sentiasa menjadi tumpuan utama dan orang memberi perhatian kepada naik atau turunnya harag barang-barang atau perkhidmatan.
  3. Harga yang ditentukan secara berpatutan akan menybebabkan:
  1. Jualan bertambah
  2. Imej keluaran dan syarikat meningkat
  3. Kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik
  4. Campur tangan kerajaan berkurangan
3. Promosi
  1. Promosi ialah aktiviti yang dilakukan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan supaya terdapat permintaan terhadapnya. Lain-lain tujuan promosi ialah:
  1. memberitahu maklumat
  2. memperingatkan barangan yang sedia wujud
  3. melariskan jualan
  4. memperluaskan pasaran
  5. mengekalkan nama baik barangan atau perkhidmatan
  1. Terdapat beberapa cara untuk mempromosikan barangan iaitu:
  1. Tawaran istimewa
  2. Tawaran istimewa ialah menawarkan barangan pada harga yang lebih murah dari harga biasa
  3. Demonstrasi
  4. Demonstrasi ialah menunjukkan kegunaan barangan tersebut supaya pelanggan akan tertarik kepadanya
  5. Sampel
  6. Sampel ialah barangan yang diberi percuma dalam kuantiti yang kecil unutk dicuba supaya mengenali barangan tersebut dan kemudian membelinya.
  7. Iklan
  • Iklan ialah cara maemperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru kepada orang ramai dalam bentuk audio atau audiovisual
  • 4. Tempat
    1. Tempat perniagaan adalah satu faktor yang penting untuk menentukan
    kejayaan perniagaan tersebut.
    b) Tempat perniagaan yang baik perlu ada ciri-ciri berikut:
    1. Mempunyai kemudahan infrastruktur.
    1. Berhampiran dengan pelanggan
    2. Berhampiran dengan aktiviti perniagaan
    3. Terdapat kemudahan pengangkutan
    Bantuan Perniagaan
    Perkhidmatan Bank
    1. Bank memainkan peranan yang penting untuk membantu usahawan dalam aspek kewangan
    2. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank perdagangan kepada usahawanan ialah:
  • a)memberi kemudahan simpanan kepeda pelanggan seperti akaun simpanan,akaun semasa dan akauan tetapb) membayar dan menerima wang bagi pelanggan yang mempunyai akaun semasa melalui pembayaran cek
    c) menyediakan kemudahan kad kredit supaya pemegangnya dapat membeli barang perkhidmatan tanpa membayar secara tunai
    d) memberi nasihat kewangan
    e) memberikan kemudahan pinjaman kepada pelanggannya
  • Pengangkutan
    1. Pengangkutan sangat penting kepada usahawan untuk membawa dan memindahkan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
    2. Jenis-jenis pengangkutan yang digunakan adalah seperti berikut:
    a)air
    b)udara
    c)darat
    3.Kepentingan pengangkutan kepada usahawan dan peniaga
    a)perhubungan lebih dekat
    b)memudahkan urusan perniagaan
    c)meluaskan pemasaran
    d)menjimatkan masa
    e)mengurangkan kos menyimpan stok
    4.Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan
    a) kos
    b) jenis barang
    c) kuantiti,saiz dan berat barang
    d) jarak
    e) keselamatan
    Perhubungan
    1. Maksud perhubungan ialah penyampaian maklumat secara lisan,bertulis atau isyarat.
    2. Perhubungan adalah sangat dalam aktiviti perniagaan seperti membuat pesanan,menghantar dokumen dengan lebih cepat dan sebagainya
    3. Jenis-jenis perhubungan yang biasa digunakan ialah:
    1. mel
    2. perkhidmatan kurier
    3. Telefon
    4. telegraf
    5. teleks
    Insurans
    1. Usahawan dan peniaga membeli insurans untuk mendapat perlindungan atas segala risiko yang mungkin berlaku ke atas dirinya atau harta bendanya.
    2. Risiko-risiko yang dihadapi dalam perniagaan adalah seperti:
    1. risiko kehilangan nyawa
    2. risiko kemalangan
    3. risiko kerosakan/kehilangan harta benda
    1. Insurans sangat penting kerana:
    1. melindungi nyawa dan harta benda
    2. mendapatkan ganti rugi
    3. melindugi keluarga dengan mengadakan satu peruntukan jika sidiinsurans itu mati atau tidak dapat bekerja akibat kemalangan.
    4. melindungi usahawan dan peniaga daripada tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga
    1. Peranan insurans diasaskan daripada prinsip yang bernasib baik menolong yang malang.
    2. Contoh: Tiap-tiap peniaga menanggung risiko kebakaran atas kedai mereka. Jadi, peranan insurans adalah membantu sipemilik kedai yang terbakar. Oleh itu, kerugian akan ditanggung bersama.
    3. Usahawan yang mengambil insurans = sidiinsurans
    4. Syarikat/firma yang beri perlindungan = penginsurans
    5. Polisi merupakan satu perjanjian di antara sidiinsurans dan penginsurans.
    6. Premium ialah wang yang kena dibayar oleh sidiinsurans untuk perlindungan.
    7. Premium untuk sesutau jenis insurans bergantung kepada:
    1. jenis perlindungan yang diperlukan
    2. kadar risiko yang terlibat
    3. jumlah yang diinsuranskan
    4. tempoh kuat kuasa polisi

    0 ulasan:

    Catat Ulasan